Fungsi dan Peranan Jabatan_Perdana_Menteri_Malaysia

  • Memberi perkhidmatan sokongan termasuk pentadbiran, kewangan, pengurusan sumber manusia, keselamatan, sosial dan lain-lain kepada warga jabatan Perdana Menteri dengan cekap dan berkesan, mengikut aturan dan arahan yang telah ditetapkan.
  • Menguruskan keperluan kuarters, ruang pejabat dan tempat beristirahat supaya kondusif dan selesa untuk Anggota Perkhidmatan Awam serta menyelenggara, mengawal selia dan merancang penggunaan hartanah milik kerajaan Persekutuan dengan cekap dan berkesan.
  • Meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam Malaysia supaya lebih cekap, berkesan, responsif dan berintegriti serta membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam.
  • Memberi khidmat yang cekap, berkualiti dan berkesan kepada Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara yang juga menjadi Setiausaha Jemaah Menteri serta mengesan pelaksanaan keputusan-keputusan Kerajaan.
  • Menjadi pusat rujukan kepada semua isu berkenaan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel di samping menggubal, mengeluar dan menentukan dasar keselamatan perlindungan untuk dilaksanakan dengan sempurna.
  • Mengurus Istiadat dan Protokol Negara, Penganugerahan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan, Lawatan Pembesar-Pembesar Negara, Persidangan Antarabangsa dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang terbaik berteraskan kecemerlangan kerja yang berkualiti.
  • Menentukan penyelarasan dasar, strategi dan program Pembangunan Ekonomi Negara bagi jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dirangka dengan terancang, cekap dan sempurna bagi memperkukuhkan daya saing negara, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mempromosikan kerjasama sektor awam dan swasta, mempergiatkan k-ekonomi, dan meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negara.
  • Menjadi agensi pusat utama bagi memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek pembangunan serta menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan cekap dan berkesan supaya pelaksanaannya selaras dengan matlamat pembangunan negara.
  • Memastikan penggubalan dan penyelarasan serta pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan keselamatan negara serta arahan langkah-langkah keselamatan dikendalikan secara terancang, komprehensif dan bersepadu.
  • Meningkatkan mutu penyelarasan penguatkuasaan undang-undang Maritim dan penglibatan unsur-unsur Maritim Negara dalam sebarang tugas maritim bagi menentukan kedaulatan dan keselamatan perairan Malaysia dipelihara dan kepentingan Maritim dari dicerobohi.
  • Merancang, merangka, menggubal dan memantau dasar-dasar penguatkuasaan maritim serta membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjadi sebuah agensi yang cekap dengan menyediakan peralatan dan infrastruktur melalui pembangunan dan perolehan.
  • Meningkatkan keseragaman prosedur dan amalan dalam urusan yang berkaitan dengan wakaf, zakat dan amal di seluruh negara; dan meningkatkan pemantauan dan penyelarasan dasar dan peraturan mengenai urusan serta aktiviti haji.
  • Mewujudkan undang-undang Islam berhubung pentadbiran Mahkamah Syariah yang seragam untuk diterima pakai di negeri-negeri.
  • Menyedia dan melaksanakan pentadbiran undang-undang berlandaskan undang-undang Islam secara adil dan berkesan melalui akta-akta yang telah diluluskan.
  • Mewujudkan fatwa-fatwa yang tetap dan kemas berasaskan kepada Al-Quran, As-Sunah, Ijmak dan Qias serta sumber-sumber lain yang muktabar serta mewujudkan tenaga pengajar agama Islam yang berwibawa dan beramal dengan Ahli Sunah Wal-Jemaah.
  • Memastikan bantuan perundangan, khidmat nasihat dan khidmat perantaraan diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
  • Memastikan urusan pentadbiran Jabatan dan pembangunan mahkamah dirancang, diselaras dan dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta membantu di dalam penambahbaikan keadilan sistem pentadbiran dan perundangan negara.
  • Memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan Insolvensi dilaksanakan selaras dengan kehendak undang-undang dan keperluan pelanggan dengan cekap, cepat dan berkesan.
  • Memastikan Jabatan mempunyai sumber manusia, kewangan, peralatan dan prasarana yang mencukupi dan sesuai untuk membolehkannya menjalankan peranan dan tugas-tugas secara berkesan dan memastikan semua kes-kes yang didaftar di Mahkamah dapat diselesaikan dengan segera, adil dan berlandaskan prinsip undang-undang negar serta dihormati dan diyakini oleh semua pihak.
  • Membantu orang ramai yang menghadapi masalah dengan jentera pentadbiran awam untuk merawat pulih aduan yang berasas dan memanfaatkannya sebagi input untuk agensi kerajaan mempertingkatkan akauntabiliti, kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam.
  • Meningkatkan pengetahuan, kepakaran, kualiti dan prestasi pegawai-pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.
  • Bertindak sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahcara projek-projek Persekutuan dan perkara-perkara yang menjadi perhatian terus YAB Perdana Menteri.
  • Memastikan penyediaan, penafsiran dan penyebaran perangkaan yang berkualiti, terkini, lebih cekap dan berkesan bagi tujuan pembentukan pelaksanaan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
  • Melindung dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia.
  • Memajukan masyarakat luar bandar khususnya kumpulan sasar PERDA, FELDA dalam semua bidang sosio-ekonomi melalui usaha-usaha pembangunan manusia, ekonomi dan fizikal dengan tumpuan kepada peningkatan taraf hidup.